
Pagi tadi, sedikt trailer / sedutan dari Gundam 00 Second Season telah pun disiarkan selepas code geass! Moeruze! Ct3 semakin bersemangat nak subbing Gundam 00 !
SINOPSIS dari http://myanimelist.net-------------
Ianya sudah 4 tahun selepas perang terakhir antara Celestial Being dan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu. Pihak Bumi pula telah menubuhkan Earth Sphere Federation, organisasi yang menperjuangkan kebebasan perlindungan dan Arrows, yang diasingkan dari pihak tentera rasmi pihak Federation untuk membantu untuk menyatupadukan pihak-pihak di Bumi. Tetapi, di sebalik itu, wujudnya tindakan yang tidak berperikemanusiaan dalam membentuk kerajaan yang bersatu-padu itu
Saji Crossroad, yang kini menjadi Jurutera Angkasa telah berjanji dengan Louise Halevy, iaitu untuk mengikut pihak Federation dalam perjuangan mereka.
Pada masa yang sama, Setsuna F. Seiei, terselamat dari peperangan 4 tahun lalu, akhirnya melihat dunia yang dibentuk oleh tindakan Celestial Being. Dengan Celestial Being mengalahkan Alejandro Corner, Setsuna menganggap yang dunia akan kembali aman seperti sedia-kala. Namun, impiannya berkecai apabila kini keamanan dihalang oleh perlakuan Arrows. Dan dia pun membuat keputusan untuk berjuang semula bersama Gundam, untuk mengubah semula dunia.


